Cara Beli Kereta

Bagaimana Cara Untuk Owner Bisnes Enterprise Nak Beli Kereta?

Ada 2 cara nak beli kereta untuk pemilik bisnes enterprise. Hari ini saya nak kongsi cara bagaimana nak beli kereta dengan cara ambil gaji dari bisnes.

Buat Slip Gaji Bulanan

Langkah pertama yang anda kena buat ialah kena ada slip gaji. Dalam slip gaji itu, kita nyatakan berapa gaji yang kita ambil. Kalau nak beli Myvi gaji sekurang-kurangnya mestilah RM1,800. Kita juga perlu letakkan berapa caruman KWSP.

Carum KWSP Untuk Pekerja dan Diri Sendiri

Buat caruman KWSP sama seperti pekerja. Maksudnya ada syer majikan dan ada syer pekerja. Kalau gaji RM 1,800 maksudnya gaji bersih sekitar RM1,602. KWSP ini penting sebab inilah bukti yang bahawa kita benar-benar bekerja dalam bisnes kita sendiri.

Ambil Gaji Sama Seperti Pekerja

Kalau dah buat slip gaji, dah carum KWSP maksudnya kita memang kena betul-betul ambil gaji. Gaji itu kita masukkan dalam bank akaun simpanan kita.

Jika tidak mampu bayar gaji kita dengan penuh ini bermaksud bisnes kita berhutang gaji dengan kita.

Buka Akaun ASB dan Buat ASB Loan

Kalau kita tidak pernah buat pinjaman kita mesti ada rekod pinjaman. Kita buat pinjaman ASB dulu untuk bina profil pinjaman. Kita buat bayaran tepat pada masanya. Jadi akan datang bank sudah percaya dengan kita. Ambil sahaja ASB Financing RM50,000.

Apply Kad Kredit

Kalau anda tak berminat buat ASB Loan, option adalah anda perlu ada kad kredit.

Dan anda boleh guna kad kredit untuk perbelanjaan harian seperti barang dapur, minyak, takaful dan lain-lain.

Ini bagi memastikan anda ada rekod berhutang dan mempunyai rekod bayaran yang bagus. Mestilah nak ‘0’ dalam rekod kan.

Bayar on-time baru bank percaya kelayakan kita untuk berhutang dengan nilai yang lebih besar

Declare Cukai Setiap Tahun

Bila kita ambil gaji RM1,800 sebulan maksudnya setahun gaji kita itu berjumlah RM 21,600. Jumlah gaji itu kita letak dibahagian pendapatan berkanun penggajian. Jadi ini membuktikan bahawa kita benar-benar ambil gaji dari bisnes kita.

Sediakan semua dokumen seperti penyata bank 6 bulan, slip gaji 6 bulan dan penyata KWSP dan anda sudah boleh beli kereta MYVI atau apa sahaja kereta yang anda mahu.

Tapi tolonglah ukur baju badan sendiri. Jangan beli kerana trend. Ramai juga melingkup sebab tak mampu bayar ansuran kereta.

Semua ini memerlukan pengurusan dokumen kewangan bisnes yang teratur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button