Antara Aksesori Kereta Perodua Yang Anda Boleh Pasang Selepas Dapat Kunci

Mesti selepas selesai penyerahan kunci kereta Perodua oleh Sales Advisor, korang akan rasa seronok nak drive bawak balik kan?
Ada juga sebahagian pengguna kereta yang pernah memiliki kenderaan sebelum ini akan beli atau pasang beberapa aksesori kereta bagi tujuan tersendiri supaya kereta nampak lagi lawa dan selamat.
Jadi bagi anda yang baru dapat kereta baru tu, jom saya guide apa yang anda boleh buat bagi kereta korang nampak lagi best bila pandu di jalan raya.
Pasang Tinted Seramik
Jenis tinted kereta di Malaysia berbeza-beza, dari yang memiliki kualiti biasa sehingga yang paling bagus, harga juga berbeza bergantung kepada jenis dan kualiti tinted yang diingini.
Since tinted ni ada banyak jenis, bergantung kepada ciri yang anda mahu tapi kami sangat recommend guna jenis tinted seramik
Antara jenis tinted yang ada:
- Dyed Window Tinted Film
- Metelize Window Tint Film
- Hybrid Window Tint Film
- Carbon Window Tint Film
- Seramic Window Tint Film
Dari segi harga pula, setiap jenis tinted berbeza kerana ada ciri tersendiri seperti peratus VLT, IR, dan UV.
Buat Coating atau PPF (Paint Protection Film)
Kalau kereta baru keluar dari showroom, biasanya pada permukaan badan kereta sudah ada satu lapisan kemasan nipis untuk melindungi cat kereta. Tetapi lama-kelamaan lapisan kemasan itu akan hilang kerana terdedah dengan cuaca panas dan juga hujan yang boleh merosakkan warna cat kereta.
Selain daripada hujan dan panas, perkara-perkara ini pun boleh merosakkan lapisan cat iaitu:
- Cecair brek
- Najis burung
- Serangga
- Getah pokok
- Kopi dan air bergas
- Minyak kereta
- Habuk dan debu
- Hujan asid
Kelebihan PPF
‘Paint Protection Film’ atau PPF merupakan satu lapisan termoplastik jernih yang diperbuat daripada poliuretana. Walaupun diperbuat daripada plastik tetapi ia cukup kuat untuk melindungi kereta daripada calar, kotoran, dan cahaya matahari yang boleh merosakkan cat kereta.
Tempoh pemasangan untuk PPF ini juga tak lama dan anda boleh gunakan kereta anda terus tanpa perlu menunggu lama. Satu lagi sebab mengapa PPF ini menjadi pilihan ramai adalah ia mempunyai ciri ‘self heal’ atau ia akan terbaiki dengan sendiri jika ada tercalar.
Apa yang anda perlu buat cuma menggunakan pistol haba untuk melekatkan kembali lapisan yang dah tercalar.
Antara kelebihan lain PPF ini ialah anda boleh pilih untuk pasang di keseluruhan kereta ataupun cuma sebahagian sahaja. Ada orang yang pasang PPF ini hanya pada bahagian hadapan kereta disebabkan bahagian itu lebih terdedah dan mudah untuk terkena calar.
Kalau nak cakap tentang harga, PPF ini bermula daripada RM750 hinggalah RM3,000. Ini bergantung kepada model, ketebalan, dan bahagian kereta yang mana anda ingin pasang PPF ini.
Kelebihan Coating
Enhanced Gloss:
Coating seramik boleh meningkatkan kedalaman dan kilauan cat kenderaan. Hasilnya ialah kemasan seperti cermin yang selalunya kelihatan lebih baik daripada cat asal.
Sifat Hidrofobik:
Coating mencipta permukaan hidrofobik, menyebabkan air dan bahan cemar menjadi bentuk titisan air dan bergolek. Ini memudahkan pembersihan kenderaan dan boleh mengurangkan risiko kerosakan oleh tompok air.
Penyelenggaraan Rendah:
Permukaan bersalut biasanya lebih mudah dibersihkan dan diselenggara. Hanya memerlukan sedikit usaha untuk memastikan kenderaan kelihatan bersih dan berkilat.
Chemical Resistance:
Coating memberikan perlindungan terhadap hujan, air minuman tumpah (teh, kopi, dan lain-lain), najis burung dan beberapa bahan kimia yang boleh melunturkan kemasan cat.
Perlindungan UV:
Banyak Coating menawarkan beberapa tahap perlindungan UV, membantu mengelakkan cat luntur dan pengoksidaan akibat pendedahan matahari.
Tiada Filem Kelihatan:
Tidak seperti PPF, Coating tidak menghasilkan filem kelihatan pada cat. Ia mengekalkan rupa asal kenderaan serta memberikan perlindungan.
Beli MaxTag atau Lebih Dikenali Sebagai Smart Tag
Kebanyakkn kereta Perodua dah ada built smart tag, so korang tak perlu risau nak beli external smart tag. Just masukkan touch n go dan kereta korang dah boleh lalu tol menggunakan lane smart tag.
Tetapi untuk kereta yang tiada built smart tag, antara alternatif yang ada ialah pasang RFID, Kad Touch n Go NFC atau MaxTag.
Kelebihan MaxTag: mempunyai rechargeable battery (bateri yang boled di cas semula) dan boleh scan sehingga 3000 kali ketika melalui tol.
Pasang Anti Roll Bar
Anti-Roll Bar ialah bahagian suspension kereta yang membantu mengurangkan body roll kenderaan semasa selekoh laju atau atas jalan yang bengkang bengkok.
Jadi, apakah yang membuatkan anti-roll bar dapat menghalang kereta daripada mengalami gejala body roll ketika bergerak?
Apabila kereta membelok, fleksibiliti casis berlaku. Ini menjadikan bahagian belakang kereta lebih selekoh, mencetuskan gejala rolling.
Perkara ini berlaku apabila beban dialihkan dari depan ke belakang. Semasa roda berpusing dan menjadi tumpu kawalan, kesan ‘throwing’ berlaku di bahagian belakang kereta.
Jadi, untuk mengatasi keadaan casis belakang ini, ia perlu dibuat lebih solid. Supaya pergerakan dapat seimbang antara depan dan belakang. Oleh itu, anti-roll bar perlu dipasang.
Besi melintang ini berfungsi untuk menyokong dan menguatkan casis kiri dan kanan serta depan san belakang. Matlamatnya adalah untuk mengurangkan fleksibiliti casis.
Anda boleh mengatakan bahawa besi melintang ini berguna untuk mengagihkan beban secara serata dari depan ke belakang. Supaya kestabilan keseluruhan casis boleh seragam apabila kereta bergerak. Gejala tidak stabil akibat body rolling juga dapat dikurangkan.
Pasang Dashcam
Bukan sahaja dashcam membolehkan anda untuk merakam perjalanan sebagai bukti sekiranya berlaku kemalangan, benda ini juga boleh membantu menjaga premium insurans anda.
Kamera Dashboard (juga dikenali sebagai dashcam) kini menjadi salah satu benda penting yang perlu ada pada kereta. Kebanyakkan kereta baru dah ada built-in dashcam jadi korang dah tak perlu risau.
Dashcam bukan sahaja menggalakkan pemanduan yang lebih selamat, malah dapat memberi perlindungan yang sangat baik terhadap penipuan insurans, anda juga kini boleh menjimatkan wang insurans kereta anda (NCD).