Cara Beli Kereta

Cara Beli Kereta Pertama – Beginner Guide

Mesti yang first time nak beli kereta tertanya-tanya apa proses nak beli kereta sebab tengok orang lain beli kereta macam senang, datang showroom, sign dokumen pastu dapat kunci. Macam mudah kan? Tapi realitinya tidak!

Ada perkara yang anda perlu buat kira-kira sebelum nak beli kereta.

Antaranya anda perlu tentukan kereta yang ingin dibeli dan adakah kereta tersebut sesuai dengan gaji anda. Terdapat beberapa formula untuk tahu julat harga kereta yang sesuai dengan gaji anda. Artikel ini akan kongsikan tips-tips beli kereta pertama.

Formula Beli Kereta Pertama

Ada banyak cara untuk tahu kelayakan anda untuk beli sesebuah kereta. Harini saya kongsikan beberapa tips yang selalu digunakan oleh pembeli kereta pertama untuk membeli kereta idaman mereka.

Formula Setahun Gaji

Contoh gaji anda RM 2,500 sebulan. Didarab dengan 12 bulan (RM 2,500 x 12) = RM 30,000. Maknanya anda layak beli kereta pada julat harga RM 30,000 sahaja.

So kalau rasa nak pakai Myvi low spec yang harga RM 50,000++ tu agak agak berapa gaji tahunan tu?

Formula 15% Gaji Bulanan

Tips lain yang boleh digunakan adalah anda tidak akan spend lebih daripada 15% gaji bulanan anda.

Sebagai contoh, gaji anda RM 2,500. 15% daripada gaji anda ialah RM 375.

Maknanya bulanan kereta anda tidak akan melebihi RM 375.

Cara 15% boleh dikatakan dalam position terbaik dalam cara mengurus kewangan anda. Sebabnya anda perlu tahu disamping membayar bulanan kereta terdapat komitmen lain yang anda perlu tahu. Nak tahu? teruskan membaca

Sediakan Dokumen

Kebiasaannya Sales Advisor akan minta anda sediakan 3 bulan penyata bank (bank statement) terkini dan IC depan belakang untuk tujuan submit loan.

Baca: Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta

Apa Komitmen Lain Selain Ansuran (installment) kereta?

  • Duit Minyak
  • RoadTax atau Cukai Jalan
  • Insurans Kereta
  • Antara Servis Kereta:
    • Minyak Hitam
    • Filter
    • Batteri Kereta
    • Fuel Filter
    • Air Filter
    • Gear Oil
    • Brake Fluid & Power Steering Fluid
    • Radiator Coolant
    • Brake Pad
    • Tayar

Duit Minyak

Kebiasaan orang bekerja mesti isi minyak seminggu sekali sebab ulang-alik pergi kerja, tapi kalau tempat kerja dekat mungkin dua minggu sekali.

Sebulan ada 4 minggu.

Purata sekali isi minyak antara RM 50 – RM 80 kalau guna minyak RON95 aka minyak kuning dan mengikut jenis kereta yang anda pakai – tapi ini hanya untuk kereta seperti Axia, Myvi, Bezza, Iriz, Persona, Saga dan yang sama spesis. Dan juga bergantung cara pemanduan anda, kalau yang suka tekan minyak lepastu break, tu faham faham lah ya.

Secara keseluruhan anda akan belanjakan RM 200 – RM 400 sebulan hanya untuk mengisi minyak kereta sahaja.

RoadTax / Cukai Jalan

Kebiasaan cukai jalan dikenakan berdasarkan saiz enjin kereta anda. Saiz enjin yang diberi diskaun adalah di antara 0cc sehingga 1600cc. Dan kalau nak tahu berapa anda bayar cukai jalan, boleh lihat pada sticker roadtax yang ditambal dihadapan cermin kereta anda.

Kapasiti EnjinKadar Bayaran
1000cc dan kebawahRM 20.00
1001cc hingga 1200ccRM 55.00
1201cc hingga 1400ccRM 70.00
1401cc hingga 1600ccRM 90.00

Kadar Bayaran RoadTax / Cukai Jalan Kereta di Malaysia bawah 1600cc

Cukai jalan (RoadTax) dibayar setiap tahun, jadi ingat anda perlu perbaharuinya setiap tahun.

Insurans Kereta

Insurans kereta merupakan satu bentuk sekuriti yang disediakan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan bagi tujuan perlindungan kepada kereta terhadap kerosakan dan / atau kerugian akibat/semasa memandu diatas jalan raya.

Servis Kereta

Bawa kereta memang best kan? Tapi anda perlu tahu disamping memandu juga anda perlu ambil tahu beberapa perkara penting tentang servis kereta anda. Disini saya senaraikan beberapa servis kereta yang kebiasaannya dilakukan oleh pemilik kereta.

Servis berkala amat penting bagi memastikan kereta kita dalam keadaan terbaik dan selamat semasa digunakan atas jalan raya, dan bagi mengelakkan risiko kereta rosak atau berasap di tengah jalan.

Minyak Hitam

Filter

Bateri Kereta

Fuel Filter

Air Filter

Gear Oil

Break Fluid & Power Steering Fluid

Radiator Coolant

Brake Pad

Tayar Kereta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button