Gaji Pokok, Kasar & Bersih

Fahami Perbezaan Antara Gaji Pokok, Gaji Kasar dan Juga Gaji Bersih Untuk Pembelian Kereta Perodua

Bila anda nak beli kereta ada 3 perkara yang anda perlu tahu iaitu yang pertama gaji basic, gaji bulanan dan yang terakhir gaji bersih.

Gaji Pokok – Basic Salary

Gaji pokok atau “basic salary” ialah gaji asas yang diberi oleh pihak syarikat / majikan anda. Jumlahnya tetap setiap bulan.

Selalu orang Malaysia panggil “gaji basic”.

Gaji basic ni nak mudah faham macam gaji pokok yang tak termasuk komisen, elaun, OT (Over-Time), KWSP (EPF), SOCSO dan lain-lain.

Gaji Kasar – Gross Salary

Gaji Kasar atau “gross salary” ialah jumlah keseluruhan gaji yang anda terima setiap bulan.

atau senang panggil gaji bulan-bulan korang.

Untuk mudah difahami, gaji kasar = gaji asas yang dicampur dengan segala elaun tambahan, tetapi belum ditolak segala potongan atau caruman. 

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?client=ca-pub-2642003974549563&output=html&h=185&slotname=7390523013&adk=1829367817&adf=3163469140&pi=t.ma~as.7390523013&w=737&abgtt=6&fwrn=4&lmt=1727926368&rafmt=11&format=737×185&url=https%3A%2F%2Fkereta.co%2Fblog%2Ffahami-perbezaan-antara-gaji-pokok-gaji-kasar-dan-juga-gaji-bersih-untuk-pembelian-kereta-perodua%2F&wgl=1&uach=WyJtYWNPUyIsIjEyLjMuMCIsIng4NiIsIiIsIjEyOS4wLjY2NjguNjAiLG51bGwsMCxudWxsLCI2NCIsW1siR29vZ2xlIENocm9tZSIsIjEyOS4wLjY2NjguNjAiXSxbIk5vdD1BP0JyYW5kIiwiOC4wLjAuMCJdLFsiQ2hyb21pdW0iLCIxMjkuMC42NjY4LjYwIl1dLDBd&dt=1727926367946&bpp=1&bdt=366&idt=364&shv=r20240930&mjsv=m202410010101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie_enabled=1&eoidce=1&prev_fmts=0x0&nras=1&correlator=3965661489108&frm=20&pv=1&rplot=4&u_tz=480&u_his=9&u_h=1440&u_w=2560&u_ah=1334&u_aw=2560&u_cd=24&u_sd=2&dmc=8&adx=20&ady=1314&biw=1155&bih=1204&scr_x=0&scr_y=0&eid=44759875%2C44759926%2C44759842%2C31084128%2C42531706%2C95333411%2C95341936%2C95343822%2C31087683%2C95339679&oid=2&pvsid=437516264996800&tmod=842315502&uas=0&nvt=1&ref=https%3A%2F%2Fkereta.co%2Fblog%2Fpage%2F3%2F&fc=1920&brdim=1078%2C25%2C1078%2C25%2C2560%2C25%2C1170%2C1325%2C1170%2C1204&vis=1&rsz=%7Co%7CeEbr%7C&abl=NS&pfx=0&fu=128&bc=31&bz=1&td=1&tdf=2&psd=W251bGwsbnVsbCxudWxsLDNd&nt=1&ifi=2&uci=a!2&btvi=1&fsb=1&dtd=369

Gaji Bersih – Net Salary

Gaji bersih atau “net salary” ialah jumlah yang tinggal selepas ditolak perbelanjaan atau komitment anda.

Perbelanjaan ini bermaksud KWSP , SOCSO, Tax dan lain-lain lagi.

Komitment seperti PTPN, ASB loan, loan rumah, loan motor, kad kredit, dan hutang-hutang lain.

Formulanya ialah Gaji Kasar – Perbelanjaan – Komitment = Gaji Bersih


Walaupun 3 benda pasal gaji ni nampak ‘simple’, tapi masih ramai lagi yang belum faham tentang gaji, lagi-lagi orang muda.

Kalau anda nak beli kereta, dinasihatkan anda kira bulanan kereta anda dan didarab dengan 3, itulah minimum gaji bersih yang diperlukan untuk beli kereta.

Contoh anda nak beli kereta Perodua Myvi Advance dengan bayaran bulanan RM 700 (anggaran)

RM 700 x 3 = RM 2100

Maka, minimum gaji bersih yang korang perlukan ialah RM 2100 untuk membeli sebuah kereta Myvi baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button