Skim Graduan: Beli Kereta Perodua Pertama Anda

Ingin memiliki kereta Perodua baru melalui Skim Graduan?
Sales Advisor Perodua sedia membantu anda untuk memiliki kereta pertama anda.
Kempen Skim Graduan ini diadakan oleh pihak bank bagi membantu mengatasi masalah pengangkutan bagi mereka yang baru sahaja memasuki fasa pekerjaan.
Halangan utama bagi pembeli pertama iaitu graduan untuk membeli pinjaman jual beli kereta Perodua baru tanpa mempunyai slip pendapatan minimum 3 bulan, iaitu syarat biasa bagi memohon pinjaman bank.
9 Syarat Beli Kereta Menggunakan Skim Graduan Perodua
- Mempunyai Diploma, Ijazah, Master, Phd dari institusi yang diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia
- Mempunyai lesen memandu yang sah (minimum P)
- Umur bermula 19 sehingga 30 tahun
- Tidak pernah membuat pinjaman kereta sebelum ini
- Telah masuk bekerja sekurang-kurangnya 1 hari
- Terbuka kepada yang bekerja di sektor Kerajaan atau Swasta
- Gaji Minimum *RM1,800 bagi yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur / Selangor. Manakala gaji minimum *RM1500 bagi yang bekerja di luar Kuala Lumpur / Selangor.
- Hanya gaji asas (basic) dan elaun tetap sahaja diambil kira, overtime atau komisyen tidak dikira.
- Pinjaman hanya untuk kereta Perodua baru sahaja
Antara Kelebihan Skim Graduan Perodua
- Tanpa penjamin
- Tanpa deposit atau boleh pinjaman penuh (full loan)
- Boleh buat deposit mengikut bajet anda
- Interest rate rendah (Bergantung pada kadar semasa yang ditetapkan oleh pihak bank)
- Kelulusan segera (Bergantung pada processing pihak bank)
Macam Mana Kalau Ada Tunggakan PTPTN
Kalau ada tunggakan PTPTN, sila clearkan tunggakan dulu dengan membuat bayaran penuh. Tapi, let say tak cukup duit untuk bayar lump sum, ada cara lain.
korang boleh bayar sikit dulu berapa duit yang korang ada, dan boleh buat penstrukturan semula pinjaman korang. Hubungi pihak PTPTN untuk bantu korang buat penstrukturan semula.
Senarai Bank Yang Menyediakan Skim Graduan
Antara bank yang menawarkan pembiayaan pinjaman melalui Skim Graduan adalah:
- Maybank My First Car Loan
- Bank Islam GradHitz Vehicle Financing-i
- Bank Muamalat Vehicle Financing-i GradPack
- Bank Rakyat Vehicle Financing-i (An Naqlu 2) – Graduate Scheme
- CIMB First Car Financing
Cadangan Beli Kereta Perodua Mengikut Gaji Yang Bersesuaian
Model Perodua | Gaji Minima (RM) |
---|---|
Axia 1.0 E | RM 1,800 |
Axia 1.0 G | RM 1,900 |
Axia 1.0 Advance | RM 2,000 |
Bezza 1.0 G | RM 1,900 |
Bezza 1.3 X | RM 2,200 |
Bezza 1.3 Advance | RM 2,300 |
Myvi 1.3 G | RM 2,200 |
Myvi 1.3 X | RM 2,300 |
Myvi 1.3 H | RM 2,400 |
Myvi 1.5 Advance | RM 2,500 |
Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Kereta Perodua
- Salinan IC (Bepan & Belakang)
- Salinan Lesen Memandu (Depan & Belakang)
- Offer Letter (Semua page, pastikan ada pengesahan penerimaan kerja yang ditawarkan)
- Skrol atau Transkrip
Dokumen Tambahan (Jika Ada)
- Payslip Terkini (telah menerima gaji pertama)
- Penyata / statement bank (selepas ada payslip)
- Kad Pekerja/Kad perubatan kerja