Top 7 Jenama Tayar Terbaik Untuk Kereta Perodua Anda

Tayar merupakan satu bahagian yang paling penting untuk memastikan kenderaan anda boleh bergerak dengan selamat.
Tayar terbaik untuk kereta Perodua adalah bergantung kepada pilihan pemandu sendiri dengan ciri-ciri seperti kualiti, keselesaan, prestasi, dan bajet.
Sentiasa pastikan untuk memilih tayar yang sepadan dengan spesifikasi dan saiz yang disyorkan oleh pengeluar Perodua dan lakukan penyelenggaraan berkala untuk mengekalkan keselamatan dan prestasi kenderaan anda.
Antara jenama tayar yang bagus:
- Michelin
- Goodyear Assurance
- Continental Comfort
- Bridgestone Ecopia
- Falken ZIEX
- Dunlop
- Pirelli
Michelin
Michelin terkenal dengan kualiti tayar mereka yang sangat baik dari segi cengkaman (grip), tahan lama dan prestasi keselamatan.
Kelebihan:
- Prestasi brek ketika basah
- Jarak perbatuan tinggi
- Prestasi sepanjang hayat
Kelemahan:
- Harga sedikit mahal
Harga: RM
Goodyear Assurance
Kelebihan:
- Harga berpatutan
- Wet Braking
Kelemahan:
- Jarak perbatuan rendah
Harga: RM
Continental Comfort
Continental menawarkan tayar berkualiti tinggi dengan fokus pada prestasi brek dan cengkaman pada jalan basah. Ini boleh meningkatkan keselamatan pemanduan.
Kelebihan:
- Pemanduan Selesa dan Lancar
- Kurang Bunyi Bising
- Jarak perbatuan tinggi
Kelemahan:
- Prestasi brek ketika basah
Harga: RM
Bridgestone Ecopia
Bridgestone merupakan jenama tayar yang terkenal dan sering digunakan oleh pemilik kereta Perodua.
Kelebihan:
- Menjimatkan penggunaan bahan api
Kelemahan:
- Prestasi brek ketika basah
- Jarak perbatuan rendah
Harga: RM
Falken ZIEX
Kelebihan:
- Kurang bunyi bising
- Sesuai untuk penggunaan jalan basah dan kering
- Tayar berprestasi tinggi
Kelemahan:
- Harga sedikit mahal
Harga: RM
Dunlop
Dunlop ialah jenama tayar dengan sejarah panjang dalam sukan permotoran, yang mementingkan prestasi. Tayar yang dibuat difokuskan pada keselesaan dan cengkaman yang baik.
Pirelli
Pirelli terkenal dengan tayar berprestasi tinggi yang sesuai untuk pemandu yang mencari pengalaman pemanduan yang sporty.
Senarai Saiz Tayar Kereta Perodua 2023
Tayar Asal Perodua Myvi
Perodua Myvi | Saiz Tayar |
---|---|
1.5L Advance | 185/55 R15 |
1.5L H | 185/55 R15 |
1.5L X | 185/55 R15 |
1.3L G | 175/65 R14 |
1.3L G (Tanpa PDSA) | 175/65 R14 |
Tayar Asal Perodua Axia
Perodua Axia | Saiz Tayar |
---|---|
1.0L Advance | 175/65 R14 |
1.0L SE | 175/65 R14 |
1.0L X | 175/65 R14 |
1.0L G | 175/65 R14 |
1.0L E | 175/65 R14 |
Tayar Asal Perodua Bezza
Perodua Bezza | Saiz Tayar |
---|---|
1.3 Advance | 175/60 R15 |
1.3 X | 175/60 R15 |
1.0 G | 175/65 R14 |
1.0 G (Manual) | 175/65 R14 |
Tayar Asal Perodua Aruz
Perodua Aruz | Saiz Tayar |
---|---|
1.5 Advance | 215/60 R17 |
1.5 X | 215/60 R17 |
Tayar Asal Perodua Ativa
Perodua Ativa | Saiz Tayar |
---|---|
1.0L Turbo Advance | 205/60 R17-94H |
1.0L Turbo H | 205/60 R17-94H |
1.0L Turbo X | 205/60 R17-94H |
Tayar Asal Perodua Alza
Perodua Alza | Saiz Tayar |
---|---|
1.5L Advance | 195/60 R16 |
1.5L H | 195/60 R16 |
1.5L X | 195/60 R15 |
Cara Baca Kod Pada Tayar Kereta
Kod Tayar Kereta | Maksud |
---|---|
Nombor di hadapan sekali Contoh: 185 | Kelebaran tayar tersebut (mm) |
Nombor seterusnya Contoh: 55 | Peratus ketinggian dinding tayar daripada jumlah lebar tayar tersebut (%) |
Huruf R | Radial |
Nombor seterusnya Contoh: 15 | Diameter rim bahagian dalam untuk tayar tersebut (inci) |
Nombor berikutnya Contoh: 87 | Indeks had muatan (kg) |
Huruf terakhir Contoh: V | Indeks kelajuan maksimum (km/j) |